BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 7, 2010

Sempurnakan Sujudmu

Dari Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah dari hati. Ulama’ mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT. Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was- was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian yang lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan bersujud boleh mengelak dari penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud.


Ahli-ahli sains telah menemui bahawa terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah yang paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dahulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota yang disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang yang sedang solat iaitu sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

Rahsia Dan Nikmat Di Sebalik Erti Kesabaran


Pendahuluan

Sabar adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah. Malah segala ibadat itu didirikan di atas sifat sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menghadapi rintangan dan memerlukan pengorbanan.

Dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Tujuan sabar

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram agar tercapai kesempurnaan dan matlamatnya. Jika tidak bersabar, pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Antara firman Allah Taala mafhumnya: "Wahai oranag - orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).(Surah Ali Imran3:200)

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar terhindar daripada jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib K.A.W pernah bermadah, maksudnya "Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa".

Dalam konteks menghadapi ujian (qadha') atau musibah, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya menanam sifat sabar dalam dirinya, sekiranya dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat dan hikmah musibah itu serta sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Ta'ala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh. inilah tindakan wajar orang yang bersabar. kita tidak seharusnya marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu syaitan, kerana kita tidak tahu hikmat disebalik takdir itu. Misalnya pesakit adalah salah satu daripada jutaan ujian daripada Allah.

Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada si pesakit. Maka sekiranya penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Kita tidak tahu apakah hikmah dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan oleh Allah.

Justeru itu, kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan dan penuh kesabaran. Kaedah terbaik ialah berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai hamba Allah.

Di dalam mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Bagaimana cara untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula adalah dengan sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebaikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Sebagaiman firman Allah dalam surah al-Asr, ada menyebutkan agar kita saling ingat-mengingati akan kebenaran dengan kesabaran

Secara keseluruhannya, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi yang paling mujarrab dan keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan.

Wednesday, May 7, 2008

MEMAAFKAN DAN MEMBERI PELUANG UNTUK MENEBUS KESILAPAN


Muhammad Khairil Anwar

Dalam hidup setiap insan selagi ianya bergelar manusia kita tidak mampu mengelak daripada membuat kesilapan terhadap sesama manusia serta padaNya. Namun tidak semua kesilapan yang dilakukan adalah berpunca daripada diri kita dan tidak pula semua kesilapan yang terjadi itu sengaja kita lakukan dengan niat. Pasti ada yang pernah menyesali apa yang terjadi di dalam hidup mereka tidak kira perkara mahupun kejadian yang pernah berlaku itu atas kehendak mereka mahupun orang lain. Persoalanya disini,haruskah kita mengenepikan sama sekali insan yang kita rasa pernah melakukan salah pada kita tidak kira kesalahan yang berlaku disengajakan atau tidak? Hakikatnya dalam hidup kita,kita banyak menghukum sesama kita tanpa usul periksa,tanpa tujuan yang jelas,tanpa memberi ruang dan peluang untuk seseorang itu menceritakan perkara yang sebenar atau pun kita sendiri tidak memberi peluang untuk mereka melakukanya. Kawan mampu menjadi lawan,lawan mampu menjadi kawan..ini lah kehidupan yang kita nikmati dalam hidup yang singkat ini. Kenali diri kita dahulu sebelum kita menghukum kesilapan orang lain,boleh jadi apa yang berlaku bukan kemahuanya,mungkin kerana dia terpaksa. Jatuh hukum itu adalah kuasa yang maha Esa.. Mengambil sebaris petikan dari Quran’nul Qarim

Firman Allah SWT: “ Boleh jadi apa yang kamu benci dan tidak kamu sukai itu adalah baik buat kamu,dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu adalah tidak baik buat kamu”

Letakkan lah situasi itu dibahu kita,bayangkanlah sekiranya kita dihukum tanpa usul periksa,tanpa sebab dan akibat yang jelas,bagaimana rasanya? Tanpa diberi ruang dan peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar? pastinya jauh disudut hati kita akan hadir rasa kecewa dan terkilan bukan?

Saudara,hidup ini akan lebih bermakna bila kita memaafkan dan dimaafi dengan erti kata kemaafan yang sebenarnya. Sanggupkah kita membalas budi walaupun tidak diminta dibalas dengan cara menghukum mereka seolah-olah mereka itu menyusahkan hidup kita,membuang masa kita? Sedangkan jika kita imbas kembali,mereka ini la yang membantu kita selama ini,selama susah kita,selama sakit kita. Mereka ini hadir dalam hidup kita atas kemahuan kita jua sebelumnya. Mereka tidak minta dibalas atas segala apa yang mereka berikan namun mereka hanya mahu kita memberi sedikit rasa hormat dan ihsan pada mereka. Pernah kah kita ucapkan terima kasih pada mereka?? Tak mengapa,tapi andai itu terjadi pada kita pasti sedikit sebanyak terlintas dihati rasa sedikit kesal bukan? Yang pasti maafkan lah insan-insan yang pernah melakukan kesilapan pada kita tidak kira disengajakan mahupun tidak. Yang perlu adalah kita memberi peluang dan ruang pada mereka untuk berubah,bimbing mereka dan beri nasihat yang membantu mereka agar mereka berjaya didalam kehidupan mereka dunia dan juga akhirat. Bukan mudah untuk kita mempunyai sahabat,teman,pasangan hidup,mahupun ahli keluarga yang sentiasa bersama kita saat senang dan susah kita lebih-lebih lagi mereka yang mengetahui baik buruk sikap kita tapi masih menyayangi kita dan menerima kita seadanya.. fikir-fikirkanlah sementara mereka masih ada,masih disisi kita …hargailah mereka seperti mereka menghargai kita dulu kini dan selamanya… tapi sayang jika kita terlambat saat mungkin mereka pergi untuk selamanya itu satu kerugian buat kita kerana tidak menghargai insan-insan yang telah bersusah payah selama ini buat kita. Kita hanya mengenali mereka tapi tidak mengenali bayang-bayang hati dan naluri mereka yang tulus tanpa rasa dendam dan benci pada kita sedikit pun….. Jangan jadikan perkara ini belanjutan kerana salah faham semata-mata. Percayalah jika kita benar-benar memberi ruang dan peluang untuk sama-sama menjelaskan masalah yang berlaku,tanggapan atau perasaan yang sebenarnya dengan berbincang dengan aman dan professional tanpa mengaitkan dengan marah dan dendam, Insyaallah jika niat di hati kita ikhlas melakukanya maka hubungan itu mampu menjadi bertambah baik dengan izinNya.. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun tapi kenapa tidak kita para khalifahnya? Yang diberi amanah yang berat hinggakan gunung,lautan dan haiwan pun tidak sanggup menerima amanah untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi ini… setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan puncanya tapi jangan terlalu mudah kita menyatakan bahawa setiap semua yang telah terjadi atau pun keputusan yang kita buat adalah KetentuanNya,tafsiran ini adalah salah sama sekali kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya tetapi kita sendiri yang membuat keputusan melalui kaca mata kita yang belum pasti kesanya pada orang lain dan diri kita. Sekali lagi,setiap masalah mampu diselesaikan dengan berbincang dengan baik,mungkin ada salah faham yang berlaku yang kita sendiri tidak sedari. Boleh jadi apa yang kita sukai itu akan membebankan kita dan boleh jadi apa yang kita tidak suka selama ini sebenarnya baik untuk kita.. yang pasti kita juga insan biasa yang tak sempurna begitu juga diri ini..assalamualaikum.

Original copy from:
http://wwwMyNazreyll.blogspot.com
khairil8203@yahoo.com

MENGAPA KITA WAJIB MENUTUP AURAT?



Mengapa Allah mewajibkan semua hambanya menutup aurat? Inilah persoalan
Yang mesti dikaji agar ianya boleh menjadi pendorong untuk sesorang itu menutup aurat. Sesungguhnya Allah tidak akan menyuruh hamba-Nya melakukan sesuatu untuk menyusahkan hamba-Nya . Apa yang Allah perintahkan kepada hamba-Nya adlah untuk kebaikan hamba-Nya dan Allah sangat tahu hamba-Nya mampu melakukanya kerana Allah itu Maha Tahu dan tahu apa yang disuruhkan kepada hamba-Nya.Hanya hamba-Nya sahaja yang tidak tahu menilai.
Walaupun hukum atau perintah Allah itu begitu mudah namun memang terasa berat untuk kita lakukannya. Misalnya dalam soal sembahyang bukanlah berat dan sukar. Namun masih ramai yang meninggalkan sembahyang? Begitulah halnya dalam soal menutup aurat ini. Walaupun ianya kelihatan mudah tetapi ramai yang tidak dapat melaksanakanya. Inilah persoalanya mengapa Allah mewajibkan hamba hamba-Nya menutup aurat?

1. Melahirkan rasa takut kepada Allah
Bila seseorang itu menutup aurat dengan hati yang ikhlas bukan kerana terikut-ikut fesyen
terkini atau kerana malu ianya akan melahirkan rasa takut kepada Allah. Bukankah bila seseorang itu menutupi auratnya dengan hati yang ikhlas adalah disebabkan rasa takut nya kepada hukuman Allah atau siksaan Neraka Allah.

2. Membezakan di antara orang yang beriman , fasik, dan kafir.
Beza orang yang beriman ,fasik ,dan kafir :

* Orang yang beriman

Orang yang beriman adala orang yang taat kepada perintah Allah tanpa berdolak dalih lagi . Ia menerima dengan sepenuh hati segala perintah Allah kerana takut kepada Allah dan seksaan –Nya serta mengharapkan pengampunan dari Allah semoga diberi Syurga dan dihindari dari neraka di akhirat kelak
Bila didengar sahaja perintah Allah tentang menutup aurat ini dia akan segera melakukanya meskipun dengan keadaaan sukar sekalipun. Walau apapun dugaan sekalipun dia akan tetap mempertahankan hukum Allah meskipun ditentang ataupun dihalang. Jika ditimpa sakit sekalipun dia tetap akan mempertahankan nya . Jika datang gangguan syaitan dan hawa nafsu dengan mudah sahaja dia akan menangkisnya. Ini disebabkan terlalu ghairah dengan janji Allah bahawa orang yang beriman dijanjikan Syurga untuknya,menyebabkan dia ghairah untuk berlumba –lumba untuk melaksanakan perintah Allah itu.

* Orang fasik
Fasik sama ertinya orang mukmin yang derhaka dan tidak taat kepada perintah Allah meskipun dia mengakui kewujudan Allah dan sangat memahami segala hukum hakam yang telah Allah perintahkan. Orang yang fasik bila datang perintah-perintah daripada Allah akan membuat pelbagai alasan untuk mengelak dari melaksanakan hukum-hakam Allah. Kadang-kadang bila datang keinginan dai untuk melaksanakan tuntutan Allah ,bila ditentang atau dihalang oleh sesuatu keadaan dan perkara dia akan merasa taku untuk melaksanakan nya. Atau kadang kala akan timbul syak wasangka yang tidak betul didalam dirinya. Misalnya takut dikata,difitnah atau disisihkan oleh masyarakat menyebabkan dia tidak berani melaksanakan perintah Allah.

Orang begini tempat yang layak baginya adalah neraka jahanam mengikut amalanya dan selama mana ianya melakukan dosanya itu kerana ia masih mengakui Ke-Esaan Allah. Setelah bertahun-tahun dineraka barulah dia akan ke Surga tetapi bekas dan parutnya masih melekat di badanya,tidak akan hilang. Begitulah malunya orang fasik bila beradadi Syurga kelak.

* Orang kafir
Orang yang bukan beragama Islam dan tidak mengakui lansung ke-Esaan Allah. Malah tidak yakin dengan kewujudan Allah serta mereka mempercayai ada tuhan selain dari Allah . Sanggup menghina ,dan mereka ini telah dijanjikan Allah akan kekal di neraka buat selama-lamanya.
Memperlihatkan keindahan Islam

Dengan perintah menutup aurat ini memperlihatkan kepada agama lain tentang keindahan Islam di mana Islam sangat melindungi hamba-Nya. Mempunyai undang-undang agamanya yang tersendiri berbanding agama-agama yang lain.

Monday, April 28, 2008

ANTARA PILIHAN ,KETENTUAN TAKDIR TUHAN?

Bagi antara kita yang membaca dan mendalami nas-nas Al Qur’anul Karim dan hadis-hadis sahih serta mempelajari keadaan manusia dalam fasa yang berbeza-beza akan setuju dengan saya dengan penuh yakin bahawa Allah SWT telah merancang dan menentukan takdir kita sejak didalam rahim bonda lagi. Segala hal mengenai diri kita sudah ditetapkan oleh Allah ketika kita berada di rahim bunda. Dalam sebuah hadits riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a., dikabarkan bahwa

Rasulullah saw. bersabda:


“Sesungguhnya proses penciptaan setiap orang dari kalian berada di perut ibunya selama 40 hari berupa segumpal air mani. Selanjutnya ia berubah menjadi segumpal darah dalam waktu yang sama. Kemudian ia berubah menjadi segumpal daging dalam masa yang sama. Lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk meniupkan roh kepadanya disamping diperintahkan untuk menuliskan empat perkara, yakni [1] rezekinya, [2] ajalnya, [3] perilakunya, dan [4] baik buruk amalanya.

Namun pasti ada diantara kita tertanya-tanya atau paling tidak terdetik di lubuk sanubari kita bahawa adakah kita diberi takdir yang telah ditetapkanNya boleh diubah?? Jawapanya Ya dan Tidak. Takdir itu tidak mampu diubah oleh manusia namun dapat diubah oleh Allah dengan kuasanya dan kebijaksanaanya.
Allah SWT berfirman:


“DihapuskanNya mana yang dikehendakiNya, dan ditetapkanNya mana yang dikehendakiNya, sebab di tanganNyalah terpegang Induk Kitab (Lauh Mahfuzh) itu.” (QS ar-Ra’du [13]: 39)

Justeru kerana jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah SWT maka kita hanya perlu menunggu jodoh tersebut? Tanpa perlu berusaha dan bersusah payah?



Bukan begitu. Sebaliknya , Allah dan Rasul-Nya telah mempersilakan kita untuk berusaha supaya Allah mengubah takdir-Nya .Allah SWT berfirman:


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan[yang ditakdirkan pada] suatu kaum sebelum mereka [berusaha] mengubah keadaan [yang ditakdirkan pada] diri mereka sendiri.” (QS ar-Ra’du [13]: 11)

Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,ini terbukti dimana Rasulullah saw diamanahkan kepadanya untuk mengajarkan doa istikarah(menurut hadits Bukhari, Ahmad, dll), yang isinya mengandung permohonan mengubah takdir-Nya dari buruk kepada takdir yang baik,atau yang setimpal denganya serta kemampuan yang mampu dipikul oleh hamba-hambaNya.


“Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka TAKDIRKANLAH dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.Akan tetapi bila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu lebih bahaya kepadaku,agamaku,kehidupanku,dan kesudahanku,maka elakan lah aku daripadanya … kemudian TAKDIRKANLAH kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya.“
Singkatnya, supaya Allah mengubah takdir-Nya (dari yang “buruk” kepada yang “baik”), termasuk dalam hal jodoh, mahupun perkara-perkara lain yang penting kita perlu berikhtiar dan berdoa. Ketahuilah bahawa Allah menguji kita kerana sesuai dengan firmanNya:


“ Dia (Allah) menentukan rahmatNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Mempunyai kurnian yang Maha Besar.”(QS Ali Imran ayat -74 )


“ Tiadalah Allah memberikan pertolongan itu,melainkan untuk kegembiraan bagimu dan supaya tenteram hatimu,dan tiadalah pertolongan itu,melainkan dari sisi Allah yang Mahaperkasa lagi Mahaijaksana.” (QS Ali Imran ayat – 126 )

Cinta Atau Takdir?

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak berkesudahan...