BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 7, 2008

MEMAAFKAN DAN MEMBERI PELUANG UNTUK MENEBUS KESILAPAN


Muhammad Khairil Anwar

Dalam hidup setiap insan selagi ianya bergelar manusia kita tidak mampu mengelak daripada membuat kesilapan terhadap sesama manusia serta padaNya. Namun tidak semua kesilapan yang dilakukan adalah berpunca daripada diri kita dan tidak pula semua kesilapan yang terjadi itu sengaja kita lakukan dengan niat. Pasti ada yang pernah menyesali apa yang terjadi di dalam hidup mereka tidak kira perkara mahupun kejadian yang pernah berlaku itu atas kehendak mereka mahupun orang lain. Persoalanya disini,haruskah kita mengenepikan sama sekali insan yang kita rasa pernah melakukan salah pada kita tidak kira kesalahan yang berlaku disengajakan atau tidak? Hakikatnya dalam hidup kita,kita banyak menghukum sesama kita tanpa usul periksa,tanpa tujuan yang jelas,tanpa memberi ruang dan peluang untuk seseorang itu menceritakan perkara yang sebenar atau pun kita sendiri tidak memberi peluang untuk mereka melakukanya. Kawan mampu menjadi lawan,lawan mampu menjadi kawan..ini lah kehidupan yang kita nikmati dalam hidup yang singkat ini. Kenali diri kita dahulu sebelum kita menghukum kesilapan orang lain,boleh jadi apa yang berlaku bukan kemahuanya,mungkin kerana dia terpaksa. Jatuh hukum itu adalah kuasa yang maha Esa.. Mengambil sebaris petikan dari Quran’nul Qarim

Firman Allah SWT: “ Boleh jadi apa yang kamu benci dan tidak kamu sukai itu adalah baik buat kamu,dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu adalah tidak baik buat kamu”

Letakkan lah situasi itu dibahu kita,bayangkanlah sekiranya kita dihukum tanpa usul periksa,tanpa sebab dan akibat yang jelas,bagaimana rasanya? Tanpa diberi ruang dan peluang untuk menjelaskan perkara yang sebenar? pastinya jauh disudut hati kita akan hadir rasa kecewa dan terkilan bukan?

Saudara,hidup ini akan lebih bermakna bila kita memaafkan dan dimaafi dengan erti kata kemaafan yang sebenarnya. Sanggupkah kita membalas budi walaupun tidak diminta dibalas dengan cara menghukum mereka seolah-olah mereka itu menyusahkan hidup kita,membuang masa kita? Sedangkan jika kita imbas kembali,mereka ini la yang membantu kita selama ini,selama susah kita,selama sakit kita. Mereka ini hadir dalam hidup kita atas kemahuan kita jua sebelumnya. Mereka tidak minta dibalas atas segala apa yang mereka berikan namun mereka hanya mahu kita memberi sedikit rasa hormat dan ihsan pada mereka. Pernah kah kita ucapkan terima kasih pada mereka?? Tak mengapa,tapi andai itu terjadi pada kita pasti sedikit sebanyak terlintas dihati rasa sedikit kesal bukan? Yang pasti maafkan lah insan-insan yang pernah melakukan kesilapan pada kita tidak kira disengajakan mahupun tidak. Yang perlu adalah kita memberi peluang dan ruang pada mereka untuk berubah,bimbing mereka dan beri nasihat yang membantu mereka agar mereka berjaya didalam kehidupan mereka dunia dan juga akhirat. Bukan mudah untuk kita mempunyai sahabat,teman,pasangan hidup,mahupun ahli keluarga yang sentiasa bersama kita saat senang dan susah kita lebih-lebih lagi mereka yang mengetahui baik buruk sikap kita tapi masih menyayangi kita dan menerima kita seadanya.. fikir-fikirkanlah sementara mereka masih ada,masih disisi kita …hargailah mereka seperti mereka menghargai kita dulu kini dan selamanya… tapi sayang jika kita terlambat saat mungkin mereka pergi untuk selamanya itu satu kerugian buat kita kerana tidak menghargai insan-insan yang telah bersusah payah selama ini buat kita. Kita hanya mengenali mereka tapi tidak mengenali bayang-bayang hati dan naluri mereka yang tulus tanpa rasa dendam dan benci pada kita sedikit pun….. Jangan jadikan perkara ini belanjutan kerana salah faham semata-mata. Percayalah jika kita benar-benar memberi ruang dan peluang untuk sama-sama menjelaskan masalah yang berlaku,tanggapan atau perasaan yang sebenarnya dengan berbincang dengan aman dan professional tanpa mengaitkan dengan marah dan dendam, Insyaallah jika niat di hati kita ikhlas melakukanya maka hubungan itu mampu menjadi bertambah baik dengan izinNya.. Sedangkan Allah itu Maha Pengampun tapi kenapa tidak kita para khalifahnya? Yang diberi amanah yang berat hinggakan gunung,lautan dan haiwan pun tidak sanggup menerima amanah untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi ini… setiap yang berlaku itu pasti ada sebab dan puncanya tapi jangan terlalu mudah kita menyatakan bahawa setiap semua yang telah terjadi atau pun keputusan yang kita buat adalah KetentuanNya,tafsiran ini adalah salah sama sekali kerana Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya tetapi kita sendiri yang membuat keputusan melalui kaca mata kita yang belum pasti kesanya pada orang lain dan diri kita. Sekali lagi,setiap masalah mampu diselesaikan dengan berbincang dengan baik,mungkin ada salah faham yang berlaku yang kita sendiri tidak sedari. Boleh jadi apa yang kita sukai itu akan membebankan kita dan boleh jadi apa yang kita tidak suka selama ini sebenarnya baik untuk kita.. yang pasti kita juga insan biasa yang tak sempurna begitu juga diri ini..assalamualaikum.

Original copy from:
http://wwwMyNazreyll.blogspot.com
khairil8203@yahoo.com

No comments: